Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Thursday, November 15, 2012

RiNtIhAn AiR MaTa



Runtuh hati ini takala aku membaca blog itu... siapkah aku sebenarnya.. adakah aku yang bermimpi di siang hari.. ya allah... pada siapa untuk aku mengadu nasib ini, butir-butir mutiara kian jatuh ke pipi, siapakah si dia dalam hati dia, sahabat? atau kekasih.. kenapa?? sekali lagi aku menjadi mangsa cinta??ya rabbi ya rahim ya rahman.. makin deras butir permata ini jatuh terus ke bumi, di mana sifat kejujuran mu.

Apa yang sedang berlaku, takala cinta ini baru mekar mewangi ibarat bahtera yang di tengah lautan... ia datang bagaikan ombak sunami yang bakal memecahkan bahtera yang asalnya tenang berlayar menuju ke destinasi cinta. Aku membisu bukan bererti aku seorang yang lemah namuan aku sedang menguji diri mu makin lama aku kian pasti aku bukan jantung mu mugkin aku hanya selipar yang hanya kau sarung di kaki.. hinanya aku hanya layak berada di kaki mu...

Butir-butir permata kian deras mengalir.. aku masih lagi membisu dalam kebingungan.. aku tahu aku kuat... aku mampu tempuhinya, berdiam diri adalah terbaik.. biar aku tenag sendri.. aku mula mengerti apa itu pengorbanan, korban ku untuk cinta mu bersama dia jika itu yang kau pinta, aku hanya senyum untuk melihatmu bahagian aku aku turuti segala kemahuan mu.


"Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana kita ingin berhenti mencintainya Melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

TETAPI, apabila kau benar-benar mencintai seseorang dengan sedalam-dalamnya, beranikan diri melepaskan untuk dia memilih. Jika dia kembali kepadamu, maka ia akan jadi milikmu, jika tidak, maka dia tidak aakn pernah menjadi milikmu selamanya."


Monday, November 12, 2012

CEmBuRu atAu SaYaNg


Hemmmm.... entah lah bila aku fikir balik... macam ada yang tak kena dengan hubung aku dengan dia ni.. entah lah mungkin dia seorang yang suka berkawan, baik, mudah bergaul dengan orang buat aku rasa cemburu apabila tiap kali dia keluar dengan orang lain, memang tak dinafikan aku ni jenis yang kuat cemburu sangat-sangat.

Entah lah... aku x boleh nak ubah orang untuk ikut cara aku, malaupun aku ni pasangan dia, dia ada hak untuk memilih yang terbaik untuk dia, tapi aku rasa berbeza bila apa yang aku nak aku x dapat seperti mana yang aku impikan. Kadangkala ada juga rasa nak bawak halun masing-masing sebab aku x boleh hidup dengan cara dia.

Mungkin silap akau jugak, sebab aku jenis yang x suka sangat bergaul dengan orang tapi aku tetap menjaga hubungan aku dengan kawan-kawan aku yang lain macam biasa cuma ada had dia. Mugkin aku tak boleh dengan cara hidup dia. Cuba untuk memahami dan terima tapi hati tetap kata tak boleh.

Mungkin kami perlukan banyak masa lagi untuk memahami antara satu sama lain, walaupun perit aku rasakan, kadang kala rasa ingin lepaskan dia suapaya dia boleh terus tetap dengan cara hidup dia dan biarkan aku dengan cara hidup aku, ikut rasa tapi kata hati aku masih sayangkan dia, dan tak semudah itu untuk aku lupakan dia tapi..... ada baiknya...

Entah lah... hari demi hari.. aku dengan cara aku dia dengan cara dia... aku cuba dan terus mencuba... walaupun sakit yang aku rasa, apa yang aku harapkan semoga dia akan bertemu dengan seseorng yang lebih baik dari aku dan tak kuat cemburu macam aku... x pe lah... dugaan dan cabaran akan aku tempuhi lepas ni.. apa pun yang berlaku aku akan cuba untuk hadapi dengan tenag..

Aku rasa sampai sini lah kata hati aku untuk hari ni... saja untuk melepasakn perasaan ni... cuba untuk baiki kelemahan diri sendri dan x salahkan sesiapa.. hidup ni byak cabaran.. ok.. wasalam... 

Sunday, November 11, 2012

MoGa eSoK MaSiH Ada..


ASALAMUALAIKUM...

Hemmm... penat hari ni keluar berjalan dengan my sister.. mula2 pergi shoping kat IOI mall puchong.. selepas itu pergi shah alam.. wahh... berjalan sakan... beli baju untuk majlis pertunagan my brother... pada sabtu ni.. so kerana baiknye my sister ni dia belanja aku beli baju baru... baju kemeja je.. hehe.. sebelum balik pegi makan pizza hut dulu kat tesco shah alam.. wahh... memang kenyang gila la.. makan piza 2 org je.. huhu.. Moga esok masih ada.. hope esok hari yang makin indah dalam hidup aku.. seperti biasa bangun pagi pergi kuliah... itulah hidup sebagai mahasiswa.. bunyi bosan.. tapi aku enjoi dengan apa yang aku buat.. ok lah sampai sini je lah untuk hari ni.. mata pun dah nampak bantal je..heheh  .next time kita cerita lagi bye.. wasalam...